Profile Persatuan Seni Silat Warisan Perlis
Persatuan Seni Silat Warisan Perlis ditubuhkan pada tahun 1993 dengan No.Pendaftaran 239/93(P).Sehingga kini persatuan telah mempunyai gelanggang-gelanggang diserata tempat dan Negara.Bermula dari Negeri Perlis dan Negara Malaysia seperti Serawak dan Sabah kini terdapat ahli-ahli yang bertaraf Guru yang mengembangkan Seni Silat Warisan di Negara Jepun,Singapura dan Brunei .Persatuan ini juga mempunyai keahlian bersekutu diseluruh Malaysia.Ahli-ahli persatuan ini terdiri dari berbagai peringkat samada kakitangan kerajaan,swasta,pelajar sekolah rendah dan menengah serta jumlah yang terbanyak dari penuntut pengajian tinggi awam dan swasta.Persatuan mempunyai tenaga pengajar bertaraf Guru Muda,Gurulatih,Jurulatih Kanan dan Jurulatih yang berpengalaman untuk membimbing ahli-ahli mencapai kemahiran menguasai Seni Silat Warisan Perlis..
Persatuan menganjurkan pelbagai kegiatan untuk ahli-ahli berupa kegiatan agama,reakrasi,Kelab Kembara dan lain-lain yang diputuskan oleh jawatankuasa dari masa kemasa. Kami juga pernah dan sentiasa bersedia untuk mengadakan demontrasi Seni Silat Warisan sekiranya anda berhajat.
Pejabat Dan Rumah Persatuan: 123-A,Kampong Tebing Tinggi,01000 Kangar Perlis
Tel Pejabat: 04 9770498 Email saya Ustaz Mazlin Bin Hamid: mazlin@silatwarisan.com

p