Peringkat Dan Pakaian
Peringkat Pendekar adalah di khaskan untuk ahli perguruan yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja.Ini adalah peringkat pertama bagi penuntut yang mempelajari ilmu Seni Silat Warisan.Pakaian bagi peringkat pendekar Seni Silat Warisan ialah berbaju hitam dan berseluar hitam serta tengkolok kuning dan talipinggang kuning.Pendekar juga adalah pesilat yang baru memulai belajar dan juga sebagai ahli muda persatuan.Mereka mampu melakukan pelbagai pertunjukan silat merangkumi seni mempertahankan diri dan aksi lincah dan tangkas yang lain.
Jangka masa mempelajari peringkat ini adalah selam 3 bulan dari tarikh mula mendaftarkan diri di peringkat ini.
Pelajaran peringkat Pendekar ialah buah 9:
- Sum Rusuk,Patah Tangan,Perebah Harimau,Tangkap Merpati,Pasung Bulan,Pasung Matahari,Pendua Atas,Pendua Bawah,Koyak Kapan
Berkenaan Peringkat Pendekar
Peringkat Pendekar merupakan peringkat yang mula-mula di pelajari oleh pelajar Seni Silat Warisan yang berumur 12 tahun kebawah.Peringkat ini merupakan pendedahan pertama pelajar seni silat Warisan untuk menjiwai setiap langkah dan tapak yang terdapat di dalam Seni Silat Warisan.
Ahli-ahli peringkat ini juga akan di ajar seni Tempur Pendekar.Mereka juga sering mengadakan pertunjukkan Seni Tempur Pendekar di hadapan orang kenamaan dan majlis-majlis perkawinan.
Kelayakkan Peringkat Pendekar
Setelah selesai mempelajari peringkat Pendekar pelajar akan mengikuti majlis khatam pendekar dan di uji keberkesanan pergerakkan dan segala tapak dan penguasaannya dalam menhayati peringkat pendekar dan ketangkasan serta penguasan dalam setiap gerak dan langkah yang telah di pelajari.
Ujian untuk peringkat pendekar bagi melayakkan pelajar tersebut ke peringkat Panglima akan di jalankan oleh Guru Seni Silat Warisan di gelanggang di mana pesilat tersebut mempelajari peringkat tersebut.