Peringkat Dan Pakaian
Peringkat Panglima Hitam adalah di khaskan untuk ahli perguruan yang berumur 18 tahun ke bawah sahaja.Ini adalah peringkat kedua bagi penuntut yang mempelajari ilmu Seni Silat Warisan.Pakaian bagi peringkat Panglima Hitam Seni Silat Warisan ialah berbaju hitam dan berseluar hitam serta tengkolok kuning dan Bengkung Kuning Emas.Panglima Hitam juga adalah pesilat yang telah 3 bulan mempelajari Seni Silat Warisan dan juga sebagai ahli muda persatuan.Mereka mampu melakukan pelbagai pertunjukan silat merangkumi seni mempertahankan diri dan aksi lincah dan tangkas yang lain.
Jangka masa mempelajari peringkat ini adalah selam 3 bulan dari tarikh mula mendaftarkan diri di peringkat ini.
Pelajaran peringkat Panglima Hitam:
Seni mempertahankan diri dengan mengunakan gabung pergerakan seperti sikuan,tendangan dan pukulan serta elakkan sambil membuat serangan balas kearah lawan.
Berkenaan Peringkat Panglima Hitam
Peringkat Panglima HItam merupakan peringkat yang kedua di pelajari oleh pelajar Seni Silat Warisan yang berumur 12 tahun kebawah.Peringkat ini merupakan pendedahan kedua kepada pelajar seni silat Warisan untuk menjiwai setiap langkah dan tapak yang terdapat di dalam Seni Silat Warisan.
Ahli-ahli peringkat ini juga akan di ajar seni Tempur Panglima Hitam.Mereka juga sering mengadakan pertunjukkan Seni Tempur Panglima Hitam di hadapan orang kenamaan dan majlis-majlis perkawinan.
Kelayakkan Peringkat Panglima Hitam
Setelah selesai mempelajari peringkat Panglima Hitamr pelajar akan mengikuti majlis khatam Panglima Hitam dan di uji keberkesanan pergerakkan dan segala tapak dan penguasaannya dalam menhayati peringkat Panglima Hitam dan ketangkasan serta penguasan dalam setiap gerak dan langkah yang telah di pelajari.
Ujian untuk peringkat Panglima Hitam bagi melayakkan pelajar tersebut ke peringkat Laksmana akan di jalankan oleh Guru Seni Silat Warisan di gelanggang di mana pesilat tersebut mempelajari peringkat tersebut.