Lambang Seni Silat Warisan PerlisSeni Silat Warisan PerlisSeni Silat Warisan Perlis

Pengambilan 1,000 Guru Seni Silat Warisan

 

>

Pengambilan 1,000 Guru Seni Silat Warisan Bermula!!!

Seni Silat Warisan Negeri PerlisMulai 1 september 2007 saya sebagai Guru Agung Seni Silat Warisan Negeri Perlis dengan rasminya melancarkan pengambilan 1,000 Guru Silat bagi mempertingkatkan jumlah Guru Seni Silat Warisan agar lebih ramai berpeluang mempelajarinya di seluruh dunia.Harapan agar seni silat melayu terus berkembang di seluruh pelusuk dunia dan menjadi kebanggaan orang Melayu.Penting sekali agar lebih ramai Guru untuk mengajarkan ilmu seni silat melayu ini agar dapat menghindarkan anak-anak muda dari hanyut kelembah yang tidak bermoral dan mensia-siakan usia muda mereka.Ramai yang telah menyertai Seni Silat Warisan sebagai murid dan kini saya mengorak langkah untuk membolehkan semua ahli Seni Silat Warisan mempelajari sehingga ke peringkat Guru dan mengembangkannya agar Seni Silat tidak menjadi sesuatu yang asing di bumi sendiri.Akhirnya saya menyeru semua yang berminat menyahut seruan ini untuk menjadi ahli Seni Silat Warisan untuk menyertai 1,000 guru ini. Peringkat Guru Silat yang anda terima adalah hak milik kekal penerima dan juga akan menerima salasilah SENI SILAT WARISAN dan boleh membuka perguruan sendiri selepas selesai menerima peringkat Guru. Ayuh sertai Seni Silat Warisan.

 

Senarai Guru-Guru Silat

Custom Search

About Us | Site Map | Privacy Policy | Contact Us | ©2003 Company Name