Berkenaan Kami
Persatuan ditubuhkan pada 23 September 1993 bertempat di Kg Bukit Keteri Perlis dengan Penaja Penaja penubuhan adalah Dato Nordin Bin Abdullah dan Dato Bahari Bin Taib serta 12 ahli jawatan kuasa yang lain yang terdiri dari ahli-ahli asal perguruan. Gelanggang pertama persatuan adalah dirumah Saudara Nordin Bin Man di Kampong Bukit Keteri Perlis.Persatuan bergiat aktif untuk melahirkan seberapa banyak guru-guru bagi menjadikan seni silat sebagai satu cabang seni kebudayaan melayu yang penting dan diminati oleh seluruh lapisan masyarakat.
Seni Silat Warisan tidak mengandungi Ilmu Kebatinan, unsur-unsur tahyul dan khurafat,upacara mistik dan tidak mengandungi ajaran syirik dan terpesong dari Akidah Islam. Seni Silat Warisan adalah Ilmu seni mempertahankan diri bangsa melayu bagi mempertahankan Agama,Bangsa Dan Tanah Air.
Berkenaan Pelajaran Seni Silat Warisan
Seni Silat Warisan di Tubuhkan sesuai dengan Perkataan Saidina Umar yang berbunyi "Ajarlah anak-anak kamu memanah dan menunggang kuda.”
Di dalam Surah Al Anfal ayat 60 turut menyebut:
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya dan Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan ke jalan Allah akan disempurnakan balasan kepada kamu.”

